Pemandu maut tercampak keluar dari treler

Keadaan treler membawa muatan sampah yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 257 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora pagi tadi. - Foto: JBPM Perak

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Seorang pemandu maut treler maut selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dipandunya itu terbabas dalam kejadian kemalangan di Kilometer 257 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora pagi tadi.

Mangsa, Budi Abd Rahman, 52, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 5.30 pagi itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 5.40 pagi.

Menurutnya, sejurus selepas menerima panggilan itu pihaknya segera ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.

“Setibanya di lokasi kita mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah lori treler jenis Volvo dengan muatan sampah yang telah terbabas ke bahu jalan.

“Kemalangan tersebut mengakibatkan menyebabkan pemandu lori tercampak keluar dari lori dan tersepit di antara pembahagi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Shauki Che Darus tamat pada jam 7.38 pagi.

#PerakKini #kemalangan #maut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *