Polis cekup penganggur edar ganja, heroin 3.89 kg

Polis menemui peket disyaki heroin dalam serbuan di sebuah rumah di Sitiawan. - Foto Ihsan PDRM
25Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Polis menahan seorang penganggur selepas dipercayai mengedar dadah jenis heroin dan ganja dengan jumlah berat 3.89 kilogram (kg) di sebuah rumah di Sitiawan dekat sini, semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menahan suspek berusia 40 tahun itu kira-kira jam 2.40 pagi pada Isnin serta merampas sejumlah peket dadah jenis heroin seberat 3.45 kg dan ketulan ganja seberat 440 gram yang dianggarkan berjumlah RM122,750.
“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek didapati positif dadah jenis morfin dan suspek juga mempunyai lapan rekod kesalahan jenayah lampau.
“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, suspek dipercayai mula aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak 2021 dan dadah yang dirampas disyaki untuk diedarkan di pasaran tempatan di negeri ini.
“Dianggarkan jumlah dadah yang dirampas ini boleh digunakan seramai 9,000 orang penagih,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.
Selain itu, Mohd Yusri berkata tindakan turut diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menyita tiga buah kenderaan yang bernilai RM98,000.
“Sehubungan itu, suspek direman selama tujuh hari mulai semalam sehingga 19 Februari ini dan kes disiasat di a wah Seksyen 39B ADB 1952 yang boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati,” jelasnya
#PerakKini #PDRM #penggangur #edar #dadah #heroin #ganja #39B #RBZ
