PRU15: 8 calon muda taruhan DAP Perak

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – DAP Perak mempertaruhkan lapan calon muda di bawah 40 tahun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata jumlah itu adalah 42 peratus daripada 19 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan Parlimen mewakili parti berkenaan.

Katanya, terdapat dua pertambahan kerusi iaitu satu di Parlimen Gerik dan DUN Changkat Jong.

“Daripada senarai itu, lima calon wanita turut diumumkan pada malam ini,” katanya pada sidang media selepas selesai mengumumkan calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) PH – DAP Perak di sini malam tadi.

Menurutnya, lapan calon DUN dan empat calon Parlimen mengekalkan kerusi masing-masing pada PRU ini.

Pengerusi DAP Perak masih kekal bertanding di Parlimen Teluk Intan dan beliau turut bertanding di kerusi DUN Kepayang bagi menggantikan penyandang terdahulu Dr Ko Chung Sen yang mengundurkan diri bagi menumpukan perhatian di atas kerjaya perubatannya.

Manakala, penyandang DUN Astaka, Teoh Yee Chern turut  membuat keputusan untuk tidak bertanding pada PRU15 dan tempatnya digantikan oleh Jason Ng Thien Yeong.

#PerakKini #DAP #Amanah #ChangkatJong #PRU15

 

SENARAI CALON PRU15 DAP PERAK

PARLIMEN 

P054 Gerik: Ahmad Tarmizi Mohd Jam

P060 Taiping: Wong Kah Woh

P064 Ipoh Timor: Lee Chuan How

P065 Ipoh Barat: M Kulasegaran

P066 Batu Gajah: V Sivakumar

P068 Beruas: Datuk Ngeh Koo Ham

P070 Kampar: Chong Zhemin

P076 Teluk Intan: Nga Kor Ming

Dewan Undangan Negeri (DUN) 

N17 Pokok Assam: Ong Seng Guan

N18 Aulong: Teh Kok Lim

N22Jalong: Loh Sze Yee

N25 Canning: Jenny Choy Tsi Jen

N26 Tebing Tinggi: Dr Abdul Aziz Bari

N27 Pasir Pinji: Goh See Hua

N28 Bercham: Ong Boon Piow

N29 Kepayang: Nga Kor Ming

N30 Buntong: M Thulsi Thivani

N31 Jelapang: Cheah Pou Hian

N32 Menglembu: Chaw Kam Foon

N33 Tronoh: Tiw Tee Siang

N37 Pantai Remis: Wong May Ing

N38 Astaka: Jason Ng Thien Yeong

N41 Malim Nawar: V Bavani

N42 Keranji: Koo Haai Yen

N55 Pasir Bedamar: Woo Kah Leong

N56 Changkat Jong: Badrul Hisham Badarudin

N57 Sungkai: A Sivanesan

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *