RAC ambil tindakan laksana kerja pembersihan Stesen Keretapi Ipoh – Rumaizi

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sudah menerima laporan daripada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) memaklumkan kerja-kerja pembersihan najis burung dan sampah sarap di perkarangan Stesen Keretapi Ipoh sudah dilaksanakan Sabtu lalu.

Tinjauan Perak Kini ke lokasi mendapati masih terdapat beberapa bahagian di perkarangan stesen tersebut yang masih belum bersih sepenuhnya namun keadaannya dilihat lebih baik berbanding sebelum ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif RAC, Azhar Ahmad.

“Saya sudah dimaklumkan CEO RAC Encik Azhar sudah ambil tindakan (membersihkan najis burung dan sampah sarap di Stesen Keretapi Ipoh).

“Mereka turut menghantar laporan bergambar yang kepada saya memaklumkan semua sudah di bersihkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan terkini isu najis burung dan sampah sarap di kawasan stesen keretapi tersebut.

Sebelum ini, isu tersebut menjadi ‘buah mulut’ pelancong dalam dan luar negara mengenai tahap kebersihan di pekarangan Stesen Keretapi Ipoh yang kurang diberi perhatian oleh pihak berwajib.

Terdahulu, Rumaizi menyampaikan sumbangan keperluan sekolah kepada 40 pelajar dari golongan B40 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan Ipoh, di Kedai Canggih

Sutera Sdn Bhd pada Selasa.

#PerakKini #MBI #RAC #StesenKeretapiIpoh #RBZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *