Remaja hilang ketika mandi laut ditemukan maut di Teluk Senangin

Oleh Rosdalilah Zahari

LUMUT – Seorang remaja lelaki ditemukan maut di Pantai Teluk Senangin dekat sini petang tadi selepas dilaporkan hilang semalam.

Mangsa, Muhammad Fahmi Hafizi Mohd Fadzli,19, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) penyelamat dalam keadaan terapung kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa dipercayai jatuh sekitar jam 5.30 petang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bertindak melakukan carian dan selama di lokasi mangsa tenggelam.

Menurutnya, mangsa timbul 10 meter dari lokasi selaman PPDA dan ditemukan dalam jarak 50 meter dari lokasi mangsa dipercayai jatuh.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan terapung dan maut kira-kira jam 5.30 petang ini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Selain bomba, operasi SAR turut disertai Polis Diraja Malaysia, Maritim Perak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan nelayan.

Semalam media melaporkan, mangsa dipercayai lemas ditarik ombak ketika mandi bersama enam orang sepupunya.

#PerakKini #JBPM #maut #terapung #RBZ

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *