Wang pencen, simpanan lebih RM500,000 milik pesara guru lesap ditipu Macau Scam

Foto Media Sosial

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Seorang pesara guru wanita kerugian lebih RM500,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai wakil syarikat insuran.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata mangsa berusia 59 tahun itu menerima panggilan telefon daripada sebuah syarikat insuran kira-kira jam 9.30 pagi 14 Januari lalu di rumahnya di Hutan Melintang, Bagan Datuk.

Menurutnya, melalui panggilan telefon itu mangsa dimaklumkan bahawa dia mempunyai tuntutan insuran di sebuah hospital swasta di Selangor berjumlah RM68,800.

“Mangsa bagaimanapun menafikan mempunyai tunggakan insuran tersebut kerana dia telah menghentikan pembayaran polisi insuran miliknya pada Februari tahun lalu.

“Wakil daripada syarikat insuran itu meminta mangsa untuk membuat laporan polis bagi menafikan tuntutan tersebut dan mangsa disambungkan panggilan telefon kepada pegawai polis untuk tujuan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *