Warga emas, remaja maut motosikal ditunggang bertembung sesama sendiri

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Seorang warga emas dan seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri dalam kejadian di KM19 Jalan Bota Kiri – Tanjung Belanja, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata dalam kejadian jam 7 petang itu kedua-dua lelaki terbabit masing-masing berusia 64 dan 17 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kemalangan dipercayai berlaku semasa lelaki warga emas yang menunggang мotosikal jenis Honda Dash dari arah Tanjung Belanja hendak pulang ke rumahnya di Kampung Tua (arah ke Bota Kiri) manakala, remaja lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC itu pula datang dari arah bertentangan.

“Apabila lelaki warga emas terbabit sampai di simpang rumahnya, tiba-tiba dia membelok ke kanan menyebabkan remaja yang bergerak lurus tidak sempat membrek motosikalnya lalu melanggar motosikal ditunggangi warga emas tersebut.

“Akibat kemalangan ini, kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohd Yusri berkata bedah siasat akan djalankan pada hari ini di Hospital Changkat Melintang, Parit.

“Kes disiasat dl bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau menasihatkan semua penunggang motosikal supaya sentiasa menunggang motosikal dengan berhati-hati, memakal topi keledar dengan betul dan kemas serta mematuhi peraturan dan undang-undang.

#PerakKini #PDRM #kemalangan #maut #RBZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *