BERATUR 200 METER MASUK PASAR

Oleh ROSMAN SHAMSUDIN
MUALLIM: Orang ramai mengambil langkah persiapan awal tanpa menunggu saat-saat atau hari terakhir untuk membuat persiapan Aidilfitri menyebabkan pengunjung di Pasar Awam Tanjung Malim terpaksa beratur kira-kira 200 meter sebelum masuk ke pasar itu, dekat sini.
Sejak pukul 6.30 pagi pasar itu dibuka, didapati orang ramai sudah mula beratur dan adanya terpaksa menunggu kira-kira dua jam sebelum dibenarkan masuk ke dalam kawasan pasar bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi oleh orang ramai.
Manakala di Pasar Awam Behrang dan Slim River pula, bilangan pengunjung juga bertambah dan situasi masih terkawal di mana pengunjung tetap mematuhi penjarakan sosial dengan secara bergilir masuk ke dalam kawasan pasar.
Yang Di Pertua (YDP) Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), Faizal Nizam Md Nor berkata pihaknya memang menjangkakan dua hari terakhir Ramadan, pengunjung di pasar yang terdapat di daerah ini akan bertambah bagi membuat persiapan akhir menjelang .
Katanya, anggota penguatkuasa akan sentiasa berada di luar dan dalam kawasan pasar bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) ketika PKPB terutama penjarakan sosial dipatuhi oleh orang ramai.
Yang Di Pertua (YDP) Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) Faizal Nizam Md Nor ( kiri sekali) sedang memantau salah seorang peniaga dan pengunjung di Pasar Awam Slim River, dekat sini,
” Anggota penguatkuasa akan juga bertugas pada hari raya pertama dan seterusnya di kawasan pasar dalam usaha memastikan usaha pihak kerajaan memutuskan rantai wabak Covid-19 berjaya .
” Orang ramai terutama besok merupakan hari terakhir Ramadan sudah pasti dijangka akan lebih ramai pengunjung di pasar awam di daerah ini akan bertumpu untuk membeli barang keperluan,” katanya.
Beliau berkata demekian ketika ditemui semasa membuat pemantauan dan pemeriksaan di Pasar Awam Slim River, dekat sini, hari ini.
Sementara itu, pengunjung pasar, Mohamad Debab, 63, berkata beliau memilih membeli barang keperluan membuat persiapan Aidilfitri kerana bagi mengelak berlaku kesesakan dan terpaksa beratur lebih lama pada hari terakhir Ramadan dekat pasar besok.
Katanya, hari ini beliau juga diminta beratur di Pasar Awam Slim River , sebelum dibenarkan di kawasan pasar, namun hanya perlu menunggu kira-kira 25 minit sahaja.
” Lebih baik kita membuat persediaan atau persiapan , jangan tunggu saat akhir kerana di samping membuat persiapan hari raya, dalam masa yang sama juga kita perlu sentiasa menjaga penjarakan sosial.
” Penjarakan sosial yang perlu dipatuhi oleh pengunjung pasar adalah bertujuan melindungi orang ramai daripada wabak atau jangkitan Covid-19 bukannya hendak menyusahkan, maka perlu patuhi arahan penguatkuasa yang bertugas di pasar terbabit,” katanya.

