Polis cari Pathmanathan Krishnan @ Muhammad Riduan Abdullah

Polis giat mencari Patmanathan Krishnan @ Muhammad Riduan Abdullah. - Foto: PDRM

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan Pathmanathan Krishnan @ Muhammad Riduan Abdullah, 51,  yang beralamat terakhir di Off Jalan Pasir Puteh, Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata lelaki terbabit dikehendaki bersabit waran pengkomitan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mei 2014.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan, Yap Siew Cheng di talian 012-909 3362 atau tampil bagi membantu pihak polis mengesan penama terbabit,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Sebelum ini, beberapa kenyataan media sudah dikeluarkan bagi mendapatkan kerjasama orang ramai mahupun lelaki itu sendiri untuk menghubungi pihak polis namun usaha tersebut tidak berjaya.

Untuk makluman polis giat lelaki terbabit bagi membantu siasatan kes berhubung penukaran agama tiga anaknya yang dibatalkan dan diisytihar tidak sah sebelum ini.

#PerakKini #PDRM #cari #orangdikehendaki

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *