Polis minta bantuan kesan Yusshakina

Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita dikenali sebagai Yusshakina Mohd Zulkepeli yang dilaporkan hilang sejak Oktober tahun lalu.
Difahamkan wanita berusia 34 tahun itu tinggal berasingan daripada keluarganya dan kali terakhir mereka berhubung adalah pada 5 Disember 2021.
Selepas itu, keluarga wanita terbabit gagal untuk menghubunginya dan ibunya bertindak membuat laporan polis di Balai Kampung Tawas pada 21 Oktober tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, susulan itu pihaknya meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan keberadaan wanita itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mejar Cheam Aik Theng di talian 019-558 0986 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-245 1500.
#PerakKini #PDRM #oranghilang #RBZ
