Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan 18 tahun hilang

IPOH – Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai S Tanusha, 18, tahun selepas dilaporkan hilang pada 2 Jun lalu.
Kehilangan remaja terbabit disedari ahli keluarganya selepas dia tidak pulang ke rumahnya di Taman Bertuah, di sini.
Susulan itu, satu laporan polis dibuat ahli keluarga selepas mereka gagal untuk mengesan keberadaan remaja berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan dalam satu kenyataan pada Selasa meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan remaja terbabit untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-731 2477 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-245 1500.
#PerakKini #PDRM #oranghilang #RBZ
