Aranda PMX – Anwar: Hibrid orkid dinamakan sempena PM ke-10, diperkenal sempena Hari Landskap Negara 2023

Foto BERNAMA

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Aranda PMX – Anwar adalah hibrid orkid yang dinamakan sempena nama Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diperkenalkan kepada umum sempena Hari Landskap Negara (HLN) 2023 di Taman D R Seenivasagam, pada Sabtu.

Sebagai tanda simbolik, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menyerahkan sepasu bunga itu kepada Anwar sejurus selepas hibrid orkid itu diperkenalkan.

Hibrid orkid tersebut adalah kacukan induk betina, Aranda Teonokraft iaitu hibrid orkid integenerik daripada kacukan Aranda Khaw Phaik Suan dan Vanda Memoria Choo Lalkeun, manakala induk jantan, Aranda Sayan, juga adalah hibrid orkid integenerik berwarna kuning kacukan di antara Vanda Medasand dan orkid liar Arachnis hookeriana.

Kacukan orkid itu telah dijalankan pada 11 Disember 2010 dan berbunga buat pertama kali pada 5 Mac 2013.

Selain itu, hubris ini telah didaftataman dengan Penguatkuasa Pendaftaran Antarabangsa Hibrid Orkid di England.

Antara ciri-ciri yang dapat dilihat pada hibrid orkid ini adalah sepal dan kelopak bunga bewarna kuning-oren terang mewarisi sifat induk jantan.

Kelopak tebal, berbentuk hampir bulat dan tersusun cantik dengan bibir bunga bewarna oren kemerahan menyerlahkan keseluruhan jambangan bunga di pokok.

Bunga ini bersaiz sederhana dengan saiz berukuran diantara 3.0 ke 4.5 sentimeter (sm)

Manakala, susunan jambak bunga berbentuk spiral dengan tangkai bunga berukuran sederhana di antara 28 hingga 30 sm panjang dan setangkai bunga mengeluarkan 8 hingga 12 kuntum bunga yang tahan lebih lima minggu di pokok.

#PerakKini #ArandaPMX #orkidhibrid #HLN2023 #RBZ

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *